Categories
SELANGOR

MBPJ sedia RM1.5 juta kemudahan laluan pejalan kaki

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 30 MEI: Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyediakan kemudahan laluan pejalan kaki secara komprehensif.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Yeo Bee Yin, berkata laluan itu dibina di sekitar medan selera SS2/61, SS2/62 dan SS3/63 bertujuan memberi keselesaan kepada masyarakat di situ.

Yeo Bee Yin“Projek itu bermula hari ini dan dijangka mengambil masa selama 40 hari untuk siap sepenuhnya iaitu hingga akhir Julai bergantung kepada keadaan cuaca dan MBPJ.

“Jarak laluan pejalan kaki itu sejauh 1.08 kilometer,” katanya sewaktu sidang media penempatan sementara pasar pagi di SS 2/62, di sini, hari ini.

Yeo Bee Yin berkata, untuk melaksanakan projek itu, seramai 138 peniaga pasar pagi perlu dipindahkan buat sementara waktu ke laluan parking lot SS 2/63.

“Pemindahan ini hanya untuk sementara sehingga laluan pejalan kaki siap sepenuhnya.

“Saya sarankan MBPJ buat penutupan jalan sementara bagi mengelakkan kenderaan keluar masuk di kawasan pasar pagi dijalankan. Ini kerana terdapat beberapa peniaga membuat aduan kenderaan banyak lalu di hadapan kedai mereka dan menyukarkan peniaga,” katanya.

Beliau juga menyaranakan MBPJ memantau kontraktor lantikan untuk memastikan kawasan tersebut dijaga kebersihan.

Ini kerana terdapat bau kurang menyenangkan untuk pengunjung datang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.