OLEH : SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 16 MEI: Paras Empangan Sungai Selangor terus mencatatkan peningkatan sehingga 64.40 peratus berbanding 62.13 Selasa lalu (10 Mei).
Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), ia meningkat sebanyak 2.27 peratus.
Rata-rata empangan di seluruh Selangor menunjukkan peningkatan sejak minggu ekoran hujan lebat yang melanda beberapa hari lalu.
Empangan Batu mencatatkan takungan 69.06 peratus, Semenyih (72.42 peratus) dan Langat (81.93 peratus).
Sementara takungan Klang Gates mencatatkan 65.36, Tasik Subang (84.23) dan Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) (43.93).
Manakala empangan Sungai Tinggi mencatatkan peningkatan 77.06 peratus.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bacaan empangan di Selangor, orang ramai boleh melayari laman sesawang LUAS : http://www.luas.gov.my/.
EZY