Categories
SELANGOR

Pasar percuma pupuk amalan sedekah

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 14 MEI: Usaha memupuk amalan bersedekah disemarakkan melalui penganjuran program Pasar Percuma yang berlangsung di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway hari ini.

Pengerusi BAKIP, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki, berkata program itu mendapat kerjasama dengan Masjid Al-Husna Bandar Sunway dan Kindness Malaysia bagi membantu masyarakat  berpendapatan rendah.

Free Market JAIS di Masjid Al Husna PJS 10 (ASRI) (2)Katanya program itu adalah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Badan Kebajikan Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Petaling (BAKIP).

“Tujuan kita adalah untuk membantu masyarakat khususnya ibu tunggal mendapatkan keperluan asas dan barangan harian secara percuma.

“Diharap program dan kerja amal ini membentuk sikap bersedekah disamping memberi manfaat kepada semua penerima sumbangan serta kebaikan dan ganjaran kepada penyumbang,” katanya sewaktu pelancaran Program Pasar Percuma 2016, di sini hari ini.

Free Market JAIS di Masjid Al Husna PJS 10 (ASRI) (3)Konsep dibawa adalah mengumpul barang baru dan terpakai untuk diberikan secara percuma kepada masyarakat yang memerlukan terutama penduduk di kawasan flat berdekatan serta Muallaf yang hadir.

Antara barang disumbangkan adalah dalam bentuk pakaian, makanan asas, keperluan bacaan, permainan kanak-kanak dan perkakas rumah.

Pengunjung hanya perlu membawa beg plastik atau bakul untuk memudahkan membawa barang pulang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.