OLEH : NORHAYATI UMOR
BATU CAVES, 14 MEI: Perpindahan pemain skuad Red Giants yang dijangka dilakukan Jun depan masih dalam penilaian bagi memastikan pencapaian terbaik skuad itu.
Pengurus Pasukan, Amirudin Shari, berkata rombakan bakal dibuat turut diputuskan bersama ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan dan juga barisan kejurulatihan.
“Saya ingat Ketua Jurulatih lebih tahu mana yang terbaik.
“Ia masih dalam penilaian. Kita akan putuskan nanti,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di program Kayuhan Santai penduduk Kampung Nakhoda, di sini.
Sebelum ini, barisan pemain Merah Kuning itu perlu membuktikan mereka wajar dikekalkan menyarung jersi kebanggaan ‘King of Malaya’
itu menjelang jendela perpindahan Jun depan.
Ia berikutan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu menjadikan lapan perlawanan bakal diharungi selepas ini untuk menentukan masa hadapan mereka bersama The Red Giants sehingga ke akhir musim ini.
Amirudin sebelum ini berkata jendela perpindahan yang dibuka pada Jun ini bakal menyaksikan kebarangkalian berlakunya rombakan pemain dalam usaha memperkukuh lagi kekuatan Selangor bagi terus memberi saingan dalam perebutan kejuaraan liga.
EZY