Categories
NASIONAL

PM: Serpihan dipercayai helikopter hilang ditemui

KUCHING 6 MEI: Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.

ChtJsHJUYAEkgXyPesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Sementara itu di SEBUYAU, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak pagi ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat heikopter berkenaan dengan membuka tiga pos kawalan di Jeti Feri Sebuyau, Jeti Feri Triso dan Jeti Feri Lingga.

Ketua JBPM Zon 2 Sarawak Azman Julaihi yang juga komander operasi di Jeti Feri Sebuyau berkata pos kawalan itu dibuka sejak 3 pagi ini.

Helikopter hilang

Helikopter hilang

FOTO: FB BERNAMA

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.