Categories
NASIONAL

PRK Parlimen Sungai Besar dijangka sebelum Ramadan

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berlangusng sebelum Ramadan.

Beliau berkata, segalanya terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari kekosongan.

Sungai Besar“Mereka (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. 60 hari dijangka pada hari kedua atau ketiga hari raya.

“Saya tidak rasa mereka akan adakan pilihan raya pada hari raya. Berkemungkinan pada Ramadan atau sebelum itu,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak.

Tragedi malang itu turut mengorbankan Ahli  Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dan empat yang lain.

Berikutan itu, dua pilihan raya kecil bakal diadakan bagi mengisi kekosongan dua kerusi berkenaan.

Menyentuh soal ketetapan Pakatan Harapan untuk meletakkan calon di kerusi berkenaan, Mohamed Azmin berkata perkara itu akan dibincangkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.