Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Adenan perlu faham matlamat asal autonomi

SHAH ALAM 6 MEI: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem diperingatkan agar perlu mengambil kira matlamat asal hak autonomi Sarawak ke atas imigresen.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua , berkata Adenan Satem sendiri perlu melindungi hak tersebut dengan tidak membenarkan persepsi penganiayaan dilakukan atas alasan autonomi.

PRN SARAWAK“Saya menghormati sepenuhnya dan mempertahankan hak autonomi Sarawak ke atas imigresen yang sah di bawah Perjanjian Malaysia.

“Kawalan imigresen bertujuan untuk melindungi peluang pekerjaan dan perniagaan, serta keselamatan dan kualiti hidup rakyat Sarawak, ia tidak harus disalahgunakan untuk tujuan politik,” katanya dalam kenyataan media..

Beliau sebelumnya menyelar Adenan yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan kenyataan kononnya beliau percaya pada prinsip keadilan dan berfikiran terbuka dalam isu tersebut.

Sekatan itu turut dikenakan kepada Tian Chua.

Sementara beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan antaranya Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali dan Ketua Pembangkang bagi Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dihadkan tempoh lawatan mereka ke negeri itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.