Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Azmin tiba di Kuching

KUCHING,6 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10.10 pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau yang ditemani Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid ditahan di Pejabat Imigresen.
IMG_3719SelangorKini masih menanti keputusan sama ada Menteri Besar Selangor itu dibenarkan memasuki Sarawak atau tidak.
Beliau dijadualkan menghadiri sesi Walkabout di Pasar Padawan di DUN Batu Kitang sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Alwu.
Sesi Walkabout diteruskan membantu calon DUN Batu Kitang, Voon Shiak Ni di kawasan pengundi berbangsa Cina dan menghadiri majlis Hi-tea bersama penduduk pada jam 3.30 petang.
Kemudian, Mohamed Azmin di jadualkan bertolak ke Serembu untuk Grand Finale.

Leave a Reply

Your email address will not be published.