Categories
SELANGOR

Pupuk semangat kerjasama demi atasi masalah setempat

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 15 MEI: Semangat kerjasama dan kebersamaan perlu dipupuk sebaiknya dalam kalangan penduduk di kawasan perumahan demi kesejahteraan bersama.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata semangat seperti itu perlu wujud terutama bagi masyarakat menduduki kawasan perumahan pangsapuri supaya masalah yang ada mampu ditangani segera.

Amiruddin Shari“Keprihatinan kita menjaga hak bersama sangat penting kerana ia membantu dan memperkukuhlan keharmonian masyarakat di sini selain boleh mengatasi pelbagai isu yang timbul.

“Contohnya, isu denggi walaupun berlaku sedikit penurunan tetapi jika kurang prihatin ia mungkin kembali meningkat,” katanya pada majlis perasmian Karnival Sukan Rakyat 2016 di kawasan pangsapuri Laksamana di sini, hari ini.

Bagi kemudahan orang ramai di situ, beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan memulakan perkhidmatan bas percuma Smart Selangor, esok (16 Mei).

Katanya, ia adalah usaha dijalankan Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

“Program ini adalah usaha kita bagi meningkatkan pengangkutan awam di Selangor.

“Orang ramai boleh menggunakannya kerana ia memudahkan dan menghubungkan laluan ke jabatan serta agensi kerajaan termasuk pihak berkaitan.

“Anak-anak sekolah juga diharapkan menggunakannya dengan baik,” katanya menambah salah satu laluan bas terbabit adalah di kawasan perumahan itu.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.