Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 MEI: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipengaruhi dolar AS yang lebih kukuh dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan itu disebut pada 4.0960/1010 berbanding dolar AS dari 4.0780/0840 pada jam 5 petang Jumaat lalu, lapor BERNAMA.

NILAI RINGGITPengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen, baru-baru ini mencadangkan berlaku kenaikan kadar faedah jika ekonomi AS meningkat dan pasaran buruh terus bertambah baik. Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9651/9692 dari penutup Jumaat 2.9647/9706, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.6978/7026 dari 3.7171/7236.

Unit tempatan itu susut berbanding pound British kepada 5.9822/9899 dari 5.9743/9839, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.5482/5542 dari 4.5588/5671.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.