Categories
SELANGOR

SelangorKini terima Anugerah Liputan Portal Media Terbaik MPSJ 2015

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 MEI: SelangorKini menerima Anugerah Liputan Portal Media Terbaik 2015 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang disampaikan Yang DiPertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan, sekali gus membawa pulang wang tunaiRM250 dan sijil penghargaan pada Majlis Aspresiasi Media MPSJ 2015, di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, anugerah khas itu adalah pengiktirafan kepada media yang sentiasa berperanan sebagai penyampai, penyebar maklumat dan mesej MPSJ.

media 2“Berlandaskan peranan yang begitu inklusif, sudah tentu impaknya amat besar kepada masyarakat seterusnya negeri.

“Melalui pengaruh ini, rakan media adalah tulang belakang yang penting kepada MPSJ. Ia membabitkan tanggungjawab dan peranan kepada masyarakat sebagai suara dan telinga mereka,” katanya.

Beliau berkata, MPSJ menerima 3,123 liputan iaitu akhbar utama sebanyak 2,218 liputan dan media elektronik 905 liputan menerusi analisa yang dibuat sepanjang 2015.

Katanya, terdapat peningkatan liputan sebanyak 12.10 peratus bagi tahun 2014 dan ROI liputan berkaitan MPSJ sebanyak RM79,706,648.

media 4“Kami mendapati liputan media berkenaan MPSJ tinggi berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT) lain,” katanya.

Tujuh anugerah lain turut diberikan kepada SJ Echo dan Reach Out bagi kategori Anugerah Khas Media Komuniti.

Selain itu, Anugerah Liputan Media Terbaik Medium Elektronik dimenenangi oleh Antyen Yap (Astro Awani); Farhana Abdul Manan (Sinar Harian-Anugerah Liputan Aduan dan Permasalahan Terbaik); Oh Ing Yeew (The Star-Anugerah Liputan Terbaik) dan Kathleen Michael (The Star- Wartawan Terbaik).

Manakala, Anugerah Media Paling Komited (China Press) dan Anugerah Media Terbaik (The Star).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.