Categories
SELANGOR

Speaker DNS cadang mansuh jawatan menteri hal ehwal Parlimen

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 MEI: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berpendirian supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman sebagai Menteri bertanggungjawab hal ehwal Parlimen dimansuhkan.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata hal ini berikutan kuasa Azalina di Parlimen bercanggah dengan kuasa mutlak speaker Dewan Parlimen dan perlu diselaraskan dengan konsep pengasingan kuasa.

PARLIMEN MALAYSIA“Platform ini bagus Speaker bertukar pandangan dan saya meminta direkodkan dalam minit Mesyuarat Speaker-speaker bahawa pendirian saya jawatan Azalina sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dimansuhkan kerana bercanggah dengan kuasa mutlak Speaker dan selaras dengan konsep pengasingan kuasa.

“Reformasi ini paling penting supaya ada semak dan imbang antara kuasa legislatif dan eksekutif,” kata Hannah kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada Sabtu dan Ahad baru-baru ini.

Selain itu, Hannah pada mesyuarat sama turut mencadangkan supaya Parlimen menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bagi mengatasi masalah pertindihan kuasa.

Sebelum itu, persidangan dua hari dipengerusikan Speaker Dewan Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Persidangan itu diadakan bagi membolehkan semua Speaker Parlimen dan Dewan-dewan negeri membincangkan pelbagai sudut bagi menambahbaik sistem sedia ada.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.