Categories
SELANGOR

Anak muda ambil peluang, imarahkan program Ramadan di masjid

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 JUN : Inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan pelbagai program keagamaan dalam memperkukuhkan peranan pembangunan ummah disambut baik golongan belia.

Mahasiswa Sains Sukan UiTM, Syed Amirul,23, berkata peranan masjid dan surau mampu mewujudkan kefahaman kepada golongan muda agar lebih tertarik untuk mendekatkan diri kepada perkara kebaikan.

“Sebagai pelajar, sejak dua tahun lepas lagi saya dan rakan sentiasa mengikuti program anjuran masjid seperti program sahur, berbuka dan lain-lain.

“Program ini bukan sekadar memberi makanan kepada umum, namun pengisiannya lebih penting kerana dengan adanya program seperti inilah hubungan sillaturahim antara kita lebih terjalin.

CP2A8971-800x533“Semoga kita memanfaatkan segala kebaikan sekeliling kita dan teruskanlah menyokong perjuangan berteraskan Islam untuk memartabatkan kedudukan Islam demi negara kita yang cintai ini,” katanya kepada SelangorKini.

Azri Affandi Asrul, 16, pula berkata golongan muda sepatutnya mengambil peluang sama untuk melakukan aktiviti berfaedah, terutamanya pada bulan Ramadan.

“Saya dan kawan-kawan bermalam di masjid ini sejak malam tadi dan kami ambil peluang lakukan solat terawih bersama jemaah lain.

“Selepas ini kami merancang untuk imarahkan lagi masjid lain untuk turut serta dalam program keagamaan di sana, contohnya Masjid Kuning yang telah kami singgah sebelum ini.

“Alhamdulillah, banyak manfaat kami dapat terutamanya untuk golongan muda seperti saya. Saya berharap lebih ramai lagi golongan remaja untuk datang bersama-sama mengimarahkan masjid dan surau lain,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, seramai lebih 500 jemaah turut serta dalam Program Qiamulail dan Sahur Perdana anjuran Jawatankuasa Belia dan Agama Negeri di Masjid Sultan Sallahudin Abdul Aziz Shah, pagi ini.

Program tersebut turut dihadiri Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Pengisian program turut dimanfaatkan menerusi sesi tazkirah dan slot motivasi pagi disampaikan Penceramah Bebas, Pencetus Ummah Muhammad Hafiz Mohd Haneefa dan Ustaz Haslin Baharin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.