Categories
SELANGOR

Andik tekad terus tabur bakti majukan Red Giants

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 JUN: Pemain import, Andik Vermanshah, bertekad meningkatkan prestasi bagi membantu Selangor bertindak cemerlang dalam pusingan kedua Liga Super, mulai Julai ini.

Bercakap kepada SelangorKini, pemain dari Indonesia itu berharap kemarau jaringan ditempohnya kini berakhir dan dia kembali hebat mencipta jaringan untuk skuad Red Giants.

interview andik“Selepas Aidilfitri ini akan bermula kembali Liga Super dan saya harap dapat membantu Selangor dengan lebih kerap menjaringkan gol.

“Ini penting untuk pasukan melangkah jauh dalam saingan liga dan Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar bersama Selangor di sini, semalam.

Mengenai sambutan Aidilfitri, Andik berkata, pasukan melepaskannya pulang ke Indonesia menyambut perayaan itu selama empat hari bermula 5 Julai ini.

Pemain lincah itu nyata gembira di Selangor biarpun kini berjauhan daripada keluarga terutama dalam menghadapi bulan Ramadan.

“Ia pengalaman tahun ketiga saya menunaikan puasa di Selangor.

“Tidak banyak bezanya antara di Malaysia dan Indonesia, semua hampir sama hanya saya tidak bersama keluarga,” katanya.

Berhubung soal makanan, Andik sering bersahur dan berbuka sendiri juga kadang kala bersama rakan-rakan jika berkesempatan.

“Banyak makanan yang sedap di sini dan tak banyak beza juga dengan Indonesia.

“Saya suka banyak tetapi biasanya saya suka memakan nasi lemak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.