Categories
SELANGOR

Bina parkir dulu sebelum lancar stesen LRT

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG, 24 JUN: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) digesa membina lebih 2,800 tempat letak kereta di Transit Aliran Ringan (LRT) lanjutan laluan Kelana Jaya bagi kemudahan orang ramai.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata ini kerana Prasarana berjanji untuk menyediakan kemudahan parkir sebelum dilancarkan pada 30 Jun ini.

WhatsApp-Image-20160624“Saya tuntut Prasarana untuk buktikan kepada masyarakat projek ‘Park & Ride’ yang dijanjikan di dua stesen iaitu Stesen 4 (1,384 parkir) dan Stesen 7 (1,475 parkir) siap sebelum pelancaran 30 Jun ini.

“Tanpa kemudahan ‘Park & Ride’, tempat letak kenderaan akan melimpah kepada semua kawasan perumahan dan ini membimbangkan penduduk,” katanya sewaktu mengadakan lawatan di USJ, pagi tadi.

Hannah berkata, Sime Darby juga secara rasmi memberi maklum balas kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membina kemudahan tempat letak kereta di atas tanah miliknya.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini Prasarana tidak memberi maklum balas dan komitmen terhadap perkara itu.

“Kita tidak membantah operasi LRT malah menyokong pengangkutan awam yang dibina, tetapi ia mesti dilaksankanan dengan perancangan tepat,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.