Categories
NASIONAL

Bukan Allahyarham saja, keselamatan aktivis tanah NCR lain juga terancam

OLEH : NAZLI IBRAHIM

MIRI, 25 JUN: Keselamatan aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat bumiputra (NCR) di Sarawak semakin terancam apabila ada antara mereka sering mendapat ugutan dan ancaman oleh syarikat berminat mengambil tanah terbabit bagi tujuan mendapatkan hasil balak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata beliau dimaklumkan perkara sama turut kerap dilalui Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohamad Hasbi Abdullah sehinggalah membawa kepada pembunuhan beliau.

BillKayong“Keselamatan mereka yang memperjuangkan isu tanah adat ini terancam kerana kami dapat maklumat daripada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo, bekas calon Adun kita di DUN Muru, Abun Sui Anyit, begitu ramai diugut oleh syarikat besar yang terlibat dengan pengambilalihan tanah untuk balak.

“Kita desak pihak berkuasa tidak mudah memberi alasan tidak cukup bukti, atau kurang masa kerana isu ini membelenggu rakyat Sarawak khususnya aktivis dan pejuang keadilan,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.

Jelasnya, perjuangan Allahyarham Hasbi hendaklah diteruskan supaya usaha dan pengorbanannya sebelum ini tidak menjadi sia-sia begitu sahaja.

Semasa hayatnya, meperjuangkan isu tanah adat Sarawak begitu dekat dihatinya sehingga menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak.

Allahyarham Hasbi yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak di Miri, pada 21 Jun lalu.

Beliau yang turut memimpin pelbagai NGO lain itu ditembak mati di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.