OLEH : ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM, 6 JUN : CNI Corporation Sdn Bhd merangka pelan kerjasama dengan Kerajaan Negeri membabitkan bidang utama pembangunan negeri demi manfaat jangka panjang rakyat Selangor.
Pengarah Esekutifnya, Chan Kok Liang, berkata pihaknya bersedia mewujudkan pelbagai program bersifat pembangunan negeri.
“Kumpulan CNI banyak terlibat dalam kegiatan pelaburan merangkumi aspek pembangunan sebagaimana kejayaan kita capai.
“Antaranya melibatkan sektor pelancongan dan pendidikan. Jadi adalah tidak mustahil kita boleh mengadakan perbincangan dan mewujudkan program berbentuk keusahawanan.
“Kumpulan CNI sememangnya mengambil sifat terbuka untuk mewujudkan peluang ini,” katanya kepada SelangorKini.
Sebelum ini, CNI mengukuhkan pasaran di Selangor melalui permeteraian memorandum persefahaman MOU bersama Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) dengan memberi peluang pembiayaan kepada usahawan seluruh negeri.
Permeteraian itu bakal memberi peluang dan manfaat keusahawanan jangka panjang kepada lebih 23,000 usahawan di Selangor.
Pada masa sama, CNI kini mempunyai lebih 66 pusat edaran, 103 pusat khidmat jualan dan kira-kira 108,000 pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
EZY