OLEH : AFIX REDZUAN
PARIS, 15 JUN: Aksi permbukaan Kumpulan F menyaksikan Hungary dan Iceland berjaya mencipta kejutan dalam edisi Euro 2016.
Hungary mencatatkan kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan kejohanan besar antarabangsa dengan menewaskan Austria 2-0.
Adam Szalai membuka tirai kegemilangan Hungary menerusi gol pertama pada minit ke-63 dan hasil gerakan satu-dua cantik bersama Laszlo Kleinheisler yang berjaya memerangkap pertahanan Austria.
Tersentak dengan jaringan itu Austria cuba bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan Martin Hinteregger namun jaringan itu dibatalkan terlebih dahulu disebabkan kekasaran yang dilakukakan Alexander Dragovic pada minit ke-66.
Keputusan itu menyaksikan Dragovic menjadi pemain kedua diperintah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini.
Zoltan Stieber mematikan sisa kebangkitan Austria menerusi jaringan pada minit ke-87 hasil larian solo dari tengah padang selepas menerima lorongan Tamas Priskin sebelum melambungkan bola ke gawang bagi menewaskan Robert Almer.
Hungary dalam kejohanan besar buat kali pertama selepas aksi terakhir pada Piala Dunia 1986.
Lebih manis, penjaga gol Hungary berusia 40 tahun, Gabor Kiraly muncul pemain tertua dalam sejarah membuat penampilan Kejohanan Eropah mengatasi rekod dipegang legenda Jerman, Lothar Matthaus pada usia 39 tahun dan 91 hari.
Austria vs Hungary
Top Player – Gabor Kiraly (Hungary)
Man Of The Match – Adam Szalai (Hungary)
Dalam satu lagi pertembungan Iceland berjaya mengikat pasukan pilihan, Portugal dengan keputusan seri 1-1.
Portugal yang mula mengasak sejak awal permainan hanya mampu memecah kebuntuan pada minit ke-30 menerusi tampanan Nani hasil lorongan Andre Gomes.
Bersambung babak kedua, Iceland yang jarang menyerang akhirnya menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang Birkir Bjarnason pada minit ke-50 selepas menyambut hantaran Johann Berg Gudmundsson.
Tersentak dengan jaringan itu, Portugal cuba bangkit untuk menggandakan jaringan menerusi gandingan Ronaldo dan Nani namun kekebalan benteng pertahanan Iceland berjaya menyerap tekanan sehingga penghujung perlawanan.
Portugal vs Iceland
Top Player – Nani (Portugal)
Man Of The Match – Hannes Thor Halldorsson