Categories
SELANGOR

Insentif RM48,500 semarak institusi ibadah DUN Seri Setia

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 JUN: 30 institusi ibadah terdiri daripada 21 surau, tujuh masjid dan dua madrasah di DUN Seri Setia menerima insentif tahunan RM48,500 sempena Program Salam Ramadhan, baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Adun Seri Setia merangkap Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada seluruh institusi ibadah terpilih di Surau Al Ukhwah, PJS5, Desaria.

WhatsApp-Image-20160624 (4)Antara penerima insentif terbabit adalah Masjid Al Amin, PJS 10, Masjid Tabung Haji, SS6, Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, SS7, Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Masjid PJS 6, Kampung Lindungan, Masjid Nurul Yakin, SS7 dan Masjid Al Rahman, SS9.

Sementara itu, dua madrasah yang menerima sumbangan adalah Madrasah Al Naimah, SS7 dan Madrasatul Islamiah, SS8.

Program itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah dan Ahli Majlis, Halimey Abu Bakar.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.