Categories
NASIONAL

Kabinet Najib bersifat sementara, usaha tutup masalah Umno

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Penstrukturan semula menteri kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih kepada usaha menutup kelompongan krisis dalaman Barisan Naisonal (BN) khususnya Umno.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjangkakan, barisan kabinet baru ini tidak bertahan lama ekoran penarikan diri beberapa menteri termasuk Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menjadi menteri kewangan kedua sebelum ini.

“Sebenarnya (BN) banyak masalah. Penstrukturan semula ini lebih kepada cubaan menutup masalah yang ada. Ini bukan kabinet bertahan lama.

“Sungguhpun Najib ‘cakap besar’ apabila menang dalam dua pilihan raya tetapi sebenarya beliau mempunyai kelemahan dari sudut dalaman,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, beberapa menteri dalam kerajaan lebih selesa mendiamkan diri berbanding memberikan kenyataan bagi mengelakkan masalah dalaman berlarutan lebih parah.

Pengumuman Najib semalam menyaksikan Tan Sri Noh Omar menyertai semula kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.