Categories
SELANGOR

Karel Stromsik dilantik jurulatih penjaga gol PKNS FC

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 JUN: Mantan penjaga gol import Selangor, Karel Stromsik menyertai PKNS FC selaku jurulatih penjaga gol pasukan Liga Perdana itu.

Menerusi laman Twitternya, PKNS FC memaklumkan pelantikan itu dan Stromsik kembali bersama Ketua Jurulatih, E Elavarasan dengan keduanya pernah bergandingan ketika membimbing Felda United.

karelStromsik pernah mewakili Selangor pada 1989 hingga 1991 adalah penjaga gol Czechoslovakia pada kejohanan Piala Dunia 1982 dan pengalaman luasnya dijangka mampu membantu meningkatkan tahap permainan penjaga gawang kelab dari Selangor itu.

Kini, PKNS FC sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan Liga Perdana selain Piala Malaysia bermula Julai ini selepas sambutan Aidilfitri.

Tempoh rehat dalam Ramadan digunakan PKNS FC bagi memantapkan persembahan pasukan dengan mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan.

Naib juara Piala FA itu akan memulakan cabaran dengan berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor, 12 Julai dalam perbukaan saingan Piala Malaysia.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.