Categories
SELANGOR

Komited bantu penduduk rumah pangsa elak jadi ‘setinggan’

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Negeri terus komited membantu penduduk rumah pangsa di Selangor bagi mengelakkannya menjadi setinggan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan sebanyak RM30 juta bagi membantu kos baik pulih menerusi program CERIA.

ceria-iskandar-selayang-01“Masalah utama perumahan gelandangan yang wujud sebelum kita mentadbir, keadaannya cukup teruk sekali.

“Jadi, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah wang sejak 2013 iaitu penduduk cuma bayar 20 peratus sahaja daripada kos baik pulih.

“Manakala 80 peratus lagi ditanggung oleh Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Iskandar berkata di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, Kerajaan Negeri mendapati rumah dibina berkualiti rendah.

Katanya, antara masalah terpaksa dihadapi penduduk ialah bumbung, saluran paip dan lain-lain.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri merasakan kesilapan itu bukan dari penduduk.

“Jika mengikut undang-undang mereka kena betulkan semua, tapi Kerajaan Negeri keluarkan peruntukan untuk kos baik pulih itu atas tangungjawab dan keprihatinan kita terhadap golongan peneroka bandar,” katanya.

Antara kawasan yang dibaik pulih ialah Kampung Seri Temenggong dan penempatan sekitar Klang.

“Selain itu, kita juga menawarkan kepada mereka rumah mampu milik dengan harga munasabah.

“Ini merupakan usaha yang Kerajaan Negeri jalankan berbanding pentadbiran sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan berhubung keadaan kehidupan di flat kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan amat buruk dan daif.

CAP juga menggesa Kerajaan Malaysia agar segera mengambil langkah pembaikan mengubah keadaan penghuni flat kos rendah dan sederhana yang tidak ubah seperti kawasan penempatan setinggan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.