Categories
SELANGOR

Kukuhkan Selangor dengan Al-Quran

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Kerajaan Negeri menyokong penuh program #Malaysiangaji ‘Sejam Bersama Al-Quran’ anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi mendidik masyarakat memandang berat pengajaran Islam di negeri itu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata Al-Quran adalah mukjizat paling agung untuk dilihat, dibaca, dipegang, diamalkan dan disebarkan kerana terdapat pelbagai pengajaran dan panduan diperlukan manusia.

IMG_8731“Tema Kasih Sayang Maha Pencipta yang ditampilkan sebagai pilihan tadabbur Al-Quran amat bertepatan sebagai peringatan kepada kita supaya sentiasa merenung ke dalam diri dan melihat sekeliling kebesaran Ilahi,” katanya dalam Majlis Perasmian Malaysia Ngaji, di sini.

Sementara itu, Pengarah PPAS, Mastura Muhamad, berkata deklarasi bersama Kerajaan Negeri akan memberi impak positif sebagai pemimpin Selangor mengikuti Al-Quran dan Sunnah.

“Jika pemimpin mengikut terjemahan Al-Quran yang ditadabbur tadi, maka banyak masyarakat akan merasa nikmat.

“Selangor sememangnya memerlukan pemimpin yang mempunyai perasaan empati dan integriti tinggi pada masyarakat kerana khazanah dan harta negara adalah cukup untuk semua rakyat jika balik pada ajaran agama,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.