Categories
SELANGOR

Lebih 22,000 permohonan Rumah Selangorku diluluskan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 24 JUN: Lebih 22,000 permohonan memiliki Rumah Selangorku diluluskan menerusi inisiatif pengurangan harga premium, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, usaha itu terus dipergiat ke arah merealisasikan hasrat rakyat memiliki kediaman pertama dengan harga mampu milik.

ISKANDAR SAMAD“Fokus kita adalah membangunkan lebih banyak lagi projek perumahan Rumah Selangorku selepas lebih 22,000 permohonan diluluskan sebelum ini.

“Tumpuan kita sekarang untuk memastikan pemaju membangunkan rumah itu dalam tempoh ditetapkan bagi manfaat rakyat Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Iftar Rakyat Antara Budaya di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, semalam.

Pada masa sama, Iskandar berkata, projek rumah mampu milik itu akan diteruskan dalam tempoh tiga tahun untuk memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat memiliki kediaman sendiri.

“Kita menerima banyak permohonan untuk memiliki Rumah Selangorku sejak Kerajaan Negeri melancarkan skim perumahan ini.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (2)“Justeru, permintaan tinggi inilah menjadi batu asas kepada Kerajaan Negeri untuk lebih fokus membangunkan projek ini pada masa akan datang,” katanya.

Antara projek pembangunan Rumah Selangorku terbaru dibangunkan syarikat pemaju Worldwide dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Subang Bestari.

Projek itu menawarkan 388 unit rumah kediaman Seri Aduria dan Seri Musytari dengan harga serendah RM150,000 di atas tanah berkeluasan 2.04 hekhtar.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.