Categories
SELANGOR

LZS: Elak sebar viral fitnah

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JUN: Orang ramai disarankan untuk lebih bertanggungjawab menyebarkan berita atau kisah viral kepada umum.

Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Prof Madya Datuk Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, berkata ia bagi mengelakkan atau menjerumuskan diri ke dalam bahana fitnah.

Katanya, terdapat segelintir kisah asnaf dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

LZS ZAKAT“Sejak akhir ini selaras perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan ini, kita sering membaca kisah atau viral mengenai kesempitan hidup masyarakat.

“Sewajarnya kita iktiraf dan sanjung niat suci penyebar ini. Namun, ada kala nya ia dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Begitu juga dengan kisah yang sudah disantuni sejak bertahun lagi dikongsi semula sekaligus menimbulkan salah faham di kalangan pembaca,” katanya kepada pemberita.

Syed Ghazali berkata hal demikian sekaligus memburukkan imej institusi zakat dan Islam umumnya.

“Kebanyakkan kita sering tersilap langkah dalam tindakan kerana mudah menerima sesuatu perkara tanpa usul periksa.

“Sikap ini sebenarnya ditegah oleh Islam. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat ayat 6,” katanya.

Beliau mengingatkan sesuatu berita, ajaran atau apa jua perkhabaran palsu, dusta atau fitnah hanya mendatangkan bencana keburukan.

“Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada kerana iblis dan syaitan serta tali barut yang bertopengkan manusia sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia melalui pelbagai cara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada ayat berkenaan.

“Perkongsian kita di media sosial ini sebenarnya mampu menjerumuskan diri kita ke dalam bahana fitnah.

“Oleh itu, elakkan membuat perkongsian berita tanpa mengetahui kesahihan dan ketepatan berita berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.