Categories
SELANGOR

LZS terima zakat perniagaan RM4.26 juta 55 syarikat

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima sebanyak RM4.26 juta daripada 55 syarikat yang menunaikan zakat perniagaan.

Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan, Prof Madya Datuk Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.

LZS ZAKATBank Pembangunan Malaysia Berhad mendahului senarai syarikat dengan jumlah sebanyak lebih RM1.17 juta.

Ia diikuti syarikat Advance Air Traffic Systems (M) Sdn BHD sebanyak RM524,378.28 dan Malaysia Allied Health Sciences Academy Sdn BHD sebanyak RM 500,000.

Dalam program Majlis Iftar dan Bayaran Zakat itu juga, LZS turut menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat berjumlah RM1.73 juta.

Ia membabitkan sebanyak RM1.58 juta diagihkan melalui bantuan pendidikan kepada 309 orang pelajar asnaf fakir dan miskin yang melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Bantuan terbabit merupakan pembiayaan yuran semester pelajar terbabit.

Sementara itu, LZS turut menyumbangkan sebanyak RM42,745 kepada Balai Islam Pulau Ketam bagi tujuan menaiktaraf surau.

Manakala, tiga individu lagi masing-masing menerima bantuan perubatan dan pembinaan serta pembelian rumah sebanyak RM 16,000 hingga RM 47,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.