Categories
NASIONAL

MAB perlu serius isu kes penumpang daftar guna individu lain

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 JUN: Malaysia Airlines Berhad (MAB) perlu memandang serius berhubung kes didakwa membabitkan seorang penumpang mendaftar masuk menggunakan nama individu lain menaiki pesawat syarikat berkenaan.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata perkara berlaku itu harus dipandang serius dengan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada.

“Ia tidah boleh dipermudahkan kerana membabitkan identiti diri seseorang dan maruah negara.

“Saya kira apabila perkara ini berlaku maka sistem diguna pakai perlukan penambahbaikan supaya ia tidak berulang kembali,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau mencadangkan kajian terhadap sistem sedia ada dilakukan MAB bagi mengatasi perkara berkenaan.

Beberapa hari lalu, seorang pemain media sosial dikenali Patrick Sibat Sujang memuat naik di akuan Facebooknya perkongsian dari Doktor Kho Wee Ming mendakwa identitinya telah digunakan seorang lelaki lain dengan menyamar sebagai dirinya sehingga berjaya memasuki ke dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketika mahu memasuki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang , doktor itu dimaklumkan petugas penerbangan bahawa ‘doktor’ telah masuk sebelum itu.

Beliau dikatakan memasuki pesawat dan mendapati seorang lelaki dipercayai warganegara China duduk di tempatnya dengan pas masuk dicetak MAS menggunakan namanya.

Lelaki terbabit dilaporkan berlalu pergi ketika diminta menunjukkan dokumen diri manakala doktor itu membuat laporan polis selepas itu.

Beberapa insiden sebelum ini juga membabitkan MAB yang menimbulkan rasa kurang senang Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) termasuk kes 6,000 pekerja yang hilang pekerjaan selepas penstrukturan semula.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.