Categories
SELANGOR

MB: Solidariti bersama Guan Eng

SHAH ALAM 30 JUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan solidariti bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menerusi satu kenyataan, Mohamed Azmin berkata keyakinan sepenuhnya dengan kepimpinan dan pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan Eng“Saya menyatakan kepada Guan Eng bahawa saya teguh di belakangnya pada masa sangat genting ini.

“Beliau kini dianiaya penguasa yang bersungguh-sungguh mahu memperlekeh dirinya dan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, walaupun penahanan Guan Eng dengan kehadiran peguam, tindakan itu sekali lagi menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam proses siasatan serta objektiviti Peguam Negara.

“Kita perlu sedar tindakan Kerajaan tidak lain dan tidak bukan adalah sebahagian daripada konspirasi berterusan serta bersungguh-sungguh untuk memburukkan Guan Eng dan ahli politik pembangkang lain,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.