Categories
SELANGOR

Merdeka Center: 65 peratus puas hati pentadbiran Mohamed Azmin

SHAH ALAM 28 JUN: Tinjauan terbaru Merdeka Center mendapati 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan kajian badan penyelidik itu mendapati seramai 51 peratus berpuas hati manakala 14 peratus lagi sangat berpuas hati.

Himpunan Bulanan Penjawat Awam host MBSA MB Azmin Bonus (ASRI) (5)Hanya 21 peratus tidak berpuas hati dan selebihnya tidak pasti (13 peratus) dan enggan menjawab (1 peratus).

Daripada pelbagai latar belakang, termasuk bangsa, jantina, kawasan perbandaran, kawasan berintinternet, had umur, pendapatan isi rumah, pekerjaan dan tahap pendidikan, Azmin rata-rata berada di tahap 60 peratus.

Tinjauan melalui telefon dibuat antara 28 Mei hingga 5 Jun lalu.

Ia melibatkan 1,011 responden daripada pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Sementara itu, merujuk kepada prestasi Kerajaan Negeri, seramai 73 peratus berpuas hati, manakala 23 peratus pula sebaliknya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.