Categories
SELANGOR

MPK tegas tangani penularan denggi

OLEH : AFIX REDZUAN

KAPAR, 30 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan Ops Menangani Demam Denggi di kawasan rumah kedai di Jalan Pelabuhan 15C, Aman Perdana bagi menangani penularan kes itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan, Azmi Muji, berkata operasi dari Jalan Pelaburan 15A hingga Jalan Pelaburan 15G dilakukan ekoran terdapat tujuh kes denggi dilaporkan sejak 24 Mei hingga 16 Jun lalu.

Dalam operasi ini, MPK mengeluarkan kompaun kepada dua premis jualan runcit dan satu premis penyembelihan ayam selain menyita barang perniagaan dengan penglibatan 40 orang penguatkuasa.

“Kita menyita barangan perniagaan yang menghalang kaki lima di bawah Seksyen 46, Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan dan Akta Makanan 1953.

“Satu premis tanpa lesen dikompaun dengan maksimum 1,000 dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan. Selain itu kita juga mencari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Dalam tinjauan Selangor Kini mendapati kawasan pusat perniagaan yang menjadi asrama warga asing warganegara Bangladesh dan Nepal berhampiran kilang itu tidak diurus baik hingga mengakibatkan longkang tersumbat serta menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Beberapa barangan dijual peniaga dalam keadaan berkarat serta tin makanan kemek serta kotoran tanpa penyelenggaraan di tempat penyembelihan.

Selain itu, Jabatan Kesihatan turut mengambil beberapa sampel air longkang yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk dianalisis.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.