Categories
SELANGOR

MPKj & AEON Malaysia kongsi rezeki bersama anak yatim

OLEH : AFIX REDZUAN

KAJANG, 25 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama AEON Malaysia meraikan 100 anak yatim dari sekitar daerah Hulu Langat berbelanja ‘Jom Shopping Raya’ bagi menyambut kedatangan Aidilfitri.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, berkata ini merupakan penganjuran tahun kedua dengan jalinan kerjasama antara Kelab Wanita (Bauhinia) MPKj dan Yayasan AEON Malaysia.

IMG20160624153538“Setiap anak yatim diperuntukkan RM200 bagi mereka memilih sepasang baju dan kasut untuk hari raya.

“Selain daripada memberikan perkhidmatan, kita juga dapat menyelami kehidupan golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Membeli-Belah AEON Cheras Selatan sambil ditemani isteri, Zuraida Dahari.

Jelasnya, MPKj selaku pemberi perkhidmatan hanya menjadi peranta dan penyelaras kepada organisasi yang mahu menjalankan khidmat tanggungjawab sosial (CSR).

Selepas membeli-belah, anak yatim itu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa dianjurkan bersama Eco-World Development Group Berhad.

Anak yatim diraikan turut menerima sumbangan duit raya berserta hamper di kediaman rasmi YDP MPKj.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.