Categories
SELANGOR

MPSJ komited laksana program CSR sempena Ramadan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 30 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) komited menjalankan program kemasyarakatan sepanjang Ramadan sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam Program Ketuk-ketuk Singgah Sahur MPSJ 2016.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata program itu melibatkan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula kepada 30 unit rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara.

MPSJ“Kita turut mendapat kerjasama dari AEON Big (M) Sdn Bhd dan PAvilion Reit Management.

“Kita berharap program sebegini dapat meringkankan beban mereka yang kurang berkemampuan,” katanya selepas Mesyuarat Penuh MPSJ di Bilik Mesyuarat Kenanga Aras 2 MPSJ, di sini hari ini.

Selain itu, Katanya, MPSJ turut meraikan anak yatin dan asnaf dengan kerjasama Mydin Mohamaed Holdings Berhad dan Syarikat Tropicana Corporation Berhad.

“Seramai 55 anak yatim dan asnaf dari Rumah Baitul Hidayah Puchong dan Pusat Kebajikan Pendidikan dan Tahfiz Baitul Ulfah, Seri Kembangan dirai dengan membawa mereka ke kompleks membeli belah Mydin bagi memberi barang keperluan sambutan Hari Raya.

“Program ini turut melibatkan ahli PUSPANITA, AKRAB, MBJ, KOSUJA dan Biro Agama Kelab Sukan MPSJ,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.