Categories
SELANGOR

MPSJ kutip sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma di kawasan pentadbirannya sempena sambutan Aidilfitri.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata tempoh perkhidmatan itu bermula 23 Jun hingga 2 Julai membabitkan kawasan perumahan hartanah (landed property) sahaja.

AZLI MISWAN MPSJ“Penduduk diminta untuk mengumpul dan meletakkan sampah pukal terbabit di hadapan rumah dalam tempoh masa di atas bagi memudahkan kontraktor MPSJ mengutip sampah pukal secara berperingkat.

“Bagaimanapun, perkhidmatan ini tidak disediakan bagi kawasan perumahan bertingkat seperti flat, pangsapuri dan kondominium,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, bagi melancarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal, Jawatankuasa Penduduk (JKP) atau wakil penduduk (Residents Association) boleh membuat permohonan mengikut kawasan masing-masing dengan menghubungi talian 03-80267433 / 4363 / 7431.

“Perkhidmatan ini hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan tidak akan dilaksanakan selepas tamat tarikh dinyatakan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.