Categories
SELANGOR

MPSJ menang kes mahkamah tentang Mayland Valiant

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menang kes mahkamah menentang Mayland Valiant Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian Kebenaran Merancang Garis Panduan Perancangan dan laporan teknikal yang lain.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata Mahkamah Tinggi Shah Alam pada semalam telah memutuskan permohonan MPSJ dengan kos RM120 ribu dibayar oleh Mayland Valiant Sdn Bhd.

ydp mpsj“Perbicaraan kes ini diadakan selama 13 hari dan menglibatkan seramai 12 saksi.

“MPSJ tidak perlu membayar tuntutan balas defenden sebanyak RM146 juta selepas ditolak mahkamah atas alasan Hotel Suite dijual sebagai Pangsapuri Servis adalah bercanggah dengan Kebenaran merancang diluluskan.

“Sebaliknya, kebenaran Merancang yang diluluskan MPSJ adalah untuk tujuan hotel semata-mata berasaskan kepada Garis Panduan dan bukan untuk pangsapuri servis,” katanya selepas Mesyuarat Penuh MPSJ di Bilik Mesyuarat Kenanga Aras 2 MPSJ, di sini hari ini.

Pada 5 Oktober 2010, MPSJ memberi Kebenaran Merancang kepada Maryland Valiant bagi tujuan Hotel dan cadangan pembangunan tambahan dan pengubahsuaian sebahagian bangunan Hotel Grand Dorsett sedia ada.

MPSJ mengambil tindakan keatas Mayland Valiant kerana tidak membuat permohonan lanjut bagi Kebenaran Merancang apabila menjual hotel tersebut sebagai Pangsapuri Service (“Service Apartment’) yang mana bercanggah denan Kebenaran Merancang, Garis Panduan Perancangan dan laporan teknikal.

Nor Hisham berkata, MPSJ mengambil tindakan terhadap Maryland Valiant menerusi Writ Saman untuk mendapatkan perintah deklarasi daripada Mahkamah pada 7 September 2012.

Ia dilakukan sejurus penduduk Subang Jaya membuat aduan berhubung penjualan hotel tersebut sebagai pangsapuri servis.

“Antara sebab tindakan dikemukakan untuk mengekalkan cadangan pembangunan tambahan dan pengubahsuaian terhadap sebahagian bangunan Hotel Grand Dorsett sedia ada sebagai hotel semata-mata.

“Melarang defenden untuk menggunakan hotel tersebut sebagai pangsapuri servis dan melarang defendan untuk menggunakan hotel sebagai pangsapuri servis tanpa Kebenaran Merancang,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.