Categories
SELANGOR

Orang ramai diminta kemuka cadangan RTKL

OLEH: HAFIZAN TAIB

BANTING, 28 JUN: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyeru orang ramai memberi pandangan dan cadangan yang dapat membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) itu merangka penyediaan Rancangan Tempatan Kuala Langat (RTKL) 2020 baru.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata pihaknya mengadakan program publisiti awal selama 26 hari sejak awal Jun bagi mengumpulkan pandangan dan memberi penerangan kepada pihak awam mengenainya.

MDKL“Publisiti awal diadakan bertujuan memberi peluang kepada masyarakat membuat pemeriksaan, bantahan dan cadangan sekiranya terdapat ke atas pindaan zon gunatanah.

“Selaras dengan keperluan semasa, beberapa cadangan pindaan zon seperti dari Zon Pertanian ke Zon Perindustrian dicadangkan dan pemaklumannya akan dapat membantu pelabur, pemaju dan masyarakat mendapatkan maklumat perancangan pembangunan daerah pada masa depan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, maklumat berkaitan penyediaan RTKL 2020 telah dibentangkan dalam mesyuarat majlis pada hari ini.

Katanya, rancangan tempatan itu adalah rancangan jangka panjang menunjukkan arah tuju dan corak pembangunan pada masa akan datang bagi sesebuah kawasan yang perlu menjadi asas bagi smeua keputusan perancangan diambil PBT.

Selaras peruntukan Subseksyen 12A, MDKL menjalankan publisiti awal mulai 6 Jun hingga 1 Julai melalui hebahan akhbar tempatan, kain rentang, portal rasmi MDKL : www.mdkl.gov.my selain agensi kerajaan dan berkaitan.

“Tujuan penghebahan ini adalah memaklumkan tempat, tarikh dan masa di mana orang ramai boleh membuat pemeriksaan, bantahan dan cadangan sekiranya ada juga makluman tarikh akhir mengemukakannya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.