Categories
NASIONAL

Orang ramai laung ‘bebas Guan Eng, tangkap Najib’

PULAU PINANG 30 JUN: Pemimpin dan ahli DAP berkumpul di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang malam tadi untuk menuntut pembebasan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan di premis itu bersama dengan Phang Li Khoon, pemilik sebelumnya banglonya di Jalan Pinhorn pada pukul 6 petang semalam.

Malaysiakini melaporkan pemimpin utama DAP Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng, Danny Law dan Chong Eng dilihat di kalangan orang ramai.

Orang ramai GuanNaib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa tiba selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Bukit Gelugor, yang sepatutnya turut dihadiri Guan Eng.

Laungan “Bebaskan Guan Eng” dan “Hidup Guan Eng” kedengaran di kalangan orang ramai.

Mereka juga melaungkan “Tangkap Najib, tangkap Jho Low”, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan keluarganya, anak kelahiran Pulau Pinang yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek-Jho.

Orang ramai seramai kira-kira 1,000 orang terus melaungkan slogan ‘bebaskan Guan Eng’ apabila salah sebuah kereta rasmi kerajaan negeri, Toyota hitam dengan nombor pendaftaran PCM 1, dilihat meninggalkan perkarangan bangunan itu

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.