Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan tidak perlu tunggu pilihan raya pancing undi

OLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 15 JUN: Pimpinan Pakatan Harapan (Pakatan) tidak perlu menunggu pilihan raya untuk mendekati rakyat, sebaliknya konsisten turun padang melalui pelbagai program dirancang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan itu berbeza dengan Umno Barisan Nasional (BN) yang biasanya menonjolkan diri ketika berlaku sesuatu perkara seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bagi memancing undi.

iftar amanh 4“Ini pemikiran Umno. Saya tidak perlu pulun kerja di Sungai Besar semata-mata kerana PRK.

“Ini cara Umno, bila ada PRK baru nak turun, baru nak tengok orang kampung dan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana di Kampung Hala Cara Baru, Sungai Panjang, di sini, semalam.

Kenyataan itu sekali gus menjawab persoalan ditimbulkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin serta media berkenaan ketidakhadirannya dengan dakwaan tidak menyokong parti Amanah dan Pakatan.

Mohamed Azmin berkata sejak 2008 pimpinan parti yang menerajui Kerajaan Negeri sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk kebaikan rakyat tanpa mengira waktu.

“Kita bersyukur umumnya di Sungai Besar ini tiada isu pembangunan besar kerana Kerajaan Negeri memikul amanah dengan baik dan bertanggungjawab sejak 2008.

“Ini bagi memastikan khazanah negeri adalah milik rakyat Sungai Besar dan Selangor seluruhnya,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.