OLEH : HAFIZAN TAIB dan DEWI ABDUL RAHMAN
SUNGAI BESAR, 5 JUN: Pakatan Harapan (PAKATAN) yakin rakyat khususnya di Sungai Besar bijak membuat pilihan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, 18 Jun ini.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia berpandukan kecemerlangna Kerajaan Negeri dipimpin gabungan itu untuk meraih kejayaan.
“Kita harap akan menanglah, berdasarkan situasi di Selangor bukan mudah untuk membuat pilihan tetapi pengundi tahu dan bijak memilih,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.
PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon PAKATAN dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur serta Calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, PAKATAN berusaha gigih dalam tempoh kempen walaupun pihak lawan terutama BN memilik kelebihan.
“Kita realistik dalam mana-mana pilihan raya kecil, kita berhadapan dengan jentera BN yang kuat,” katanya.
PRK Sungai Besar diadakan semula ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
EZY