Categories
NASIONAL

Pemimpin KEADILAN hadir upacara pengebumian Bill Kayong

OLEH NAZLI IBRAHIM

MIRI, 24 JUN: Beberapa pimpinan KEADILAN selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas calon KEADILAN DUN Bekenunu, Bill Kayong yang ditembak mati, baru-baru ini.

Mereka adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

20160624_114506Delegasi yang tiba jam 10.40 pagi itu terus menuju ke Masjid Ar’rayyan Permy Jaya sebelum Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 1 selepas solat Jumaat.

Upcara itu turut disertai pemimpin Pakatan lain seperti Elizabeth Wong, Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Xavier Jeyakumar, Datuk Saifuddin Nasution, Lee Khai Loon dan lain-lain.

Allahyarham yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak di Miri, pada 21 Jun lalu.

Difahamkan beliau ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.