Categories
SELANGOR

PKNS laksana tanggungjawab sosial korporat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) meraikan 13 warga emas dalam Iftar Ramadan Kasih PKNS, pada 24 Jun lalu.

Warga emas yang terpilih terdiri daripada penghuni Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas yang terletak di Batu 18, Kampung Pulau Meranti, Puchong.

tuan Haji PKNS aPengurus Besar PKNS, Azlan Md Alafiah, berkata usaha yang dilakukan perbadanan itu bertujuan meraikan insan yang kurang bernasib baik.

“Kebanyakan warga emas tidak dapat hadir kerana faktor keuzuran yang tidak mengizinkan.

“PKNS juga menyerahkan sumbanga duit raya kepada warga emas dan berharap usaha murni ini dapat menceriakan mereka sempena Ramadan dan sambutan aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika berucap dalam majlis itu yang diadakan di Hotel De Palma, di sini.

Pada masa sama, katanya program itu juga adalah untuk merapatkan lagi hubungan organisasi antara PKNS dengan masyarakat luar yang kurang berkemampuan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.