Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: Tak perlu sehingga 5,000 polis, cukup 2,000 sahaja

OLEH: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 18 JUN: Kehadiran anggota polis yang terlalu ramai bagi memantau dan mengawasi perjalanan Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar, hari ini dianggap tidak memadai dan mengundang pembaziran.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata keadaan itu tidak diperlukan kerana proses pembuangan undi di kalangan masyarakat tempatan di kawasan Parlimen itu berjalan lancar.

CP2A6263-800x533Beliau mendakwa jumlah sehingga 5,000 anggota polis menjalankan tugas dalam PRK seharusnya dikaji semula demi mengurangkan kos perbelanjaan.

“Proses pembuangan undi berjalan lancar dalam suasana tenang dan memang masyarakat di sini tenang yang mana ia situasi biasa di Sekinchan dan Sungai Besar.

“Walaupun kawasan ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana PRK tetapi perpaduan kaum tetap utuh, aman dan padu.

“Saya nampak tidak perlu kehadiran ramai anggota polis di sini yang dilaporkan sehingga 5,000 orang,” katanya kepada media selepas membuang undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan keadaan tenang itu seharusnya kehadiran anggota polis cukup dalam lingkungan lebih kurang 1,000 ke 2,000 anggota sahaja.

“Dengan jumlah sebegitu kita mampu mengurangkan kos dan pembabitan anggota polis dalam PRK kali ini,” katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PAKATAN) dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Budiman Mohd Zohdi (Barisan Nasional).

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.