Categories
SELANGOR

Program Diskusi Khas Muslimat di Masjid Negeri 28 Jun

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 JUN: Program Diskusi Khas Muslimat sempena Ramadan peringkat negeri diperluaskan lagi ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam pada 28 Jun ini.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr Daroyah Alwi, berkata program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari di Ruang Solat Bawah, Masjid Negeri.

Masjid Shah AlamProgram itu bertujuan untuk menyemarakkan kehadiran bulan Ramadan menerusi penyampaian ilmu Quran dan Sunnah bagi diaplikasikan dalam kehidupan.

‚ÄúSambutan program ini amat menggalakkan seperti dilaksanakan Masjid Ahmadi, Klang, hampir 200 wanita yang hadir memeriahkan program,” katanya.

Antara penceramah hadir, Ustazah Azni Abu Mansor, Ustazah Shadiya Abas dan Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Karim sebagai pengulas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.