Categories
SELANGOR

Sanggup terjun laut elak dicekup tidak berpuasa

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 24 JUN: Beberapa individu nekad terjun ke dalam laut bagi mengelakkan diri dicekup pihak berkuasa ekoran menjadikan jeti nelayan, di sini sebagai ‘port’ ponteng puasa.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata kejadian itu dikesan ketika operasi membabitkan Jabatan Kesihatan MPK bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersempena Ramadan, baru-baru ini.

tak puasa8“Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal berdepan tindakan tegas khususnya daripada pihak pejabat agama.

“Ia bagi memastikan umat Islam sentiasa menjaga imej dan kesucian agama,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Yasid berkata, MPK sentiasa memberi sokongan terhadap mana-mana agensi termasuk JAIS yang mahu bekerjasama dalam membendung gejala tidak berpuasa.

Beliau turut memberi amaran keras kepada peniaga bukan Islam supaya tidak menjual atau menyediakan makanan kepada pelanggan yang mengunjungi premis.

“Penguatkuasaan akan dilakukan secara berterusan di kawasan dikenal pasti termasuk di tempat awam.

“Orang Islam sepatutnya mengambil peluang mengejar kebajikan dan memperbanyakkan amal ibadah sepanjang Ramadan, bukannya melakukan perkara dilarang seperti ini,” katanya.

Seramai empat individu ditahan dalam operasi itu.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.