Categories
SELANGOR

Seluruh Malaysia baca Al-Quran selama sejam

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Malaysia mencipta fenomena apabila menganjurkan program membaca al-Quran secara serentak selama satu jam bermula jam 12 tengah hari sehingga 1 petang melalui program #MalaysiaNgaji Perdana, hari ini.

Di Selangor, acara itu dianjurkan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang dimeriahkan dengan penglibatan 450 peserta.

IMG_8675Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program itu disifatkan positif terutama ketika Ramadan bagi mempupuk budaya membaca Al-Quran dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tahun lalu, kita hanya buat di peringkat Selangor tetapi tahun ini diangkat sebagai program peringkat kebangsaan yang dilaksanakan serentak di semua perpustakaan awam seluruh negeri, masjid dan┬ádi majis daerah.

“Program ini disertai lebih 4,400 peserta pada 2015 dan saya yakin angkanya terus meningkat tahun ini,” katanya kepada SelangorKini.

Turut berlangsung secara besar-besaran adalah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.