Categories
NASIONAL

Solidariti bersama Lim Guan Eng

OLEH : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Apabila saya mendengar berita yang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan ditahan, saya segera menelefon beliau dan bercakap dengannya sebelum beliau ditahan oleh pihak berkuasa.

Saya menyatakan kepada Guan Eng bahawa saya teguh di belakangnya pada masa yang sangat genting ini.

Beliau kini dianiaya penguasa yang bersungguh-sungguh mahu memperlekeh dirinya dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

mahkamah syariah-pinang-guan engSaya ingin tegaskan di sini bahawa saya yakin sepenuhnya dengan kepimpinan dan pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang.

Saya menyanjung usaha tidak terhingga beliau dalam melaksanakan reformasi Kerajaan Pulau Pinang sebagai teladan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab dan konsisten dalam melaksanakan tatakelola yang cemerlang.

Walaupun penahanannya dilakukan dengan kehadiran peguam, tindakan demikian sekali lagi menimbulkan keraguan kita terhadap keadilan dalam proses siasatan serta objektiviti Peguam Negara dalam mengarahkan tindakan sebegini.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, perhatian luar biasa dan tindakan pantas dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindakan yang telah diambil setakat ini terhadap lambakan laporan terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Kita perlu sedar bahawa tindakan Kerajaan pada petang ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebahagian daripada konspirasi berterusan dan bersungguh-sungguh untuk memburuk-burukkan Guan Eng dan ahli politik pembangkang Persekutuan yang lain.

Natijahnya, Kerajaan sekarang memikul beban di atas pundak mereka untuk membuktikan yang siasatan dan dakwaan jenayah ini bebas daripada sebarang campur tangan eksekutif.

Ia amat penting sama sekali dalam sebuah negara demokrasi demi menghormati kedaulatan undang-undang.

Keadilan mesti dilihat ditegakkan dan bukan sekadar dilaung-laungkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.