Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin cemar duli rasmi Masjid Pekan Sekinchan

OLEH : LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 22 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Masjid Pekan Sekinchan dan berbuka puasa bersama rakyat, di sini, semalam.

Masjid yang mula dibina pada 1982 itu ditambah keluasan dan siap sepenuhnya pada 2003 dengan kapasiti 1,200 jemaah pada satu masa.

IMG-20160621-WA0018Dibina dengan keluasan tapak 4.65 ekar, masjid yang mula dikenali sebagai Masjid Taliair 6 itu mula diilhamkan seorang bekas wakil rakyat.

Ia juga mempunyai tiga surau iaitu Surau Muflihun Parit 7 Sungai Leman, Surau Nurul Islamiah Kampung Parit 5 dan Surau Taman Harmoni.

Baginda diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Majlis turut menyaksikan Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM177,000 kepada 234 asnaf fakir dan miskin serta 120 mualaf.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Maghrib dan Isyak disusuli solat sunat terawih sebelum berangkat pulang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.