Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin rasmi Masjid Bandar Tun Hussein Onn RM6.1 juta

OLEH NAZLI IBRAHIM

CHERAS, 29 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras bernilai RM6.1 juta pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di sini, semalam.

13435355_1063355297085285_5054062236204481500_nMasjid di atas tanah seluas 1.504 hektar itu dibina pemaju UDA Holdings Berhad sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu kepada penduduk di kawasan terbabit.

Terletak di tengah bandar yang sedang pesat membangun, masjid terbabit mula dibina pada 16 Febuari 2011 sebelum siap sepenuhnya dan beroperasi pada 19 April 2013.

Dilengkapi pelbagai kemudahan, ia mampu menampung sehingga 1,700 jemaah pada satu-satu masa.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 448 asnaf fakir, miskin dan mualaf sekitar daerah Hulu Langat.

Sumbangan raya RM500 setiap seorang itu membabitkan 300 asnaf fakir dan miskin daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) manakala 148 mualaf menerima sumbangan Bahagian Pembangunan Muallaf, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

IMG_20160628_184148Sementara itu, Datuk Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani, berharap bantuan itu mampu membantu golongan terbabit membuat persediaan Syawal yang bakal menjelang.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta menggembirakan hati penerima bantuan dalam membuat persediaan menyambut Syawal nanti,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.