Categories
SELANGOR

Sultan titah tunai zakat terus ke LZS

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 25 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam Selangor supaya membayar zakat terus kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda bertitah institusi itu sudah diberi tanggungjawab untuk mengutip zakat dan mengagihkannya mengikut hukum syarak kepada asnaf yang layak menerimanya.

CP2A8565-800x533“Di sini, Beta mengambil kesempatan untuk menggesa dan menasihatkan umat Islam di Selangor membayar zakat kepada LZS kerana diberi tanggungjawab untuk mengutip zakat dan mengagihkannya mengikut hukum syarak kepada asnaf yang layak menerimanya.

“LZS adalah agensi yang telus dan transparent. Laporan tahunan akan diaudit dan diumumkan kepada orang ramai secara terperinci mengenai jumlah kutipan yang diterima dan juga agihan yang dibuat pada setiap tahun,” titah Baginda Sultan.

Baginda juga tidak berkenan umat Islam di Selangor membayar zakat terus kepada asnaf tanpa melalui LZS.

Titah Baginda hal itu kerana dikhuatiri akan berlaku ketidakadilan kepada asnaf lain dan juga boleh menimbulkan kekeliruan.

“Beta menyeru orang ramai agar turut bekerjasama dengan LZS untuk mengenalpasti dan menyalurkan maklumat tentang asnaf yang benar-benar layak menerima wang zakat supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Baginda Sultan turut menyeru supaya masyarakat Islam agar tidak ragu-ragu mengeluarkan zakat kepada LZS.

“Beta juga menyeru orang ramai agar turut bekerjasama dengan LZS untuk mengenalpasti dan menyalurkan maklumat tentang asnaf yang benar-benar layak menerima wang zakat supaya tindakan segera dapat diambil,” titah Baginda Sultan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.