Categories
SELANGOR

Tengku Sulaiman terima gelaran Tengku Laksamana Selangor

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 JUN : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan pangkat gelaran Tengku Laksamana Selangor kepada Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Tengku Abdul Aziz Shah.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor dalam kenyataan berkata, pelantikan dibuat melalui rundingan Dewan DiRaja yang diadakan pada 30 Mei 2016 di Istana Alam Shah, Klang.

CP2A9271“Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman dilantik dengan pangkat gelaran Tengku Laksamana Selangor,” kata kenyataan itu.

Gelaran tersebut sebelum ini disandang Almarhum Tengku Badli Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj sebelum mangkat pada 1 Jun 1988.

Dalam perkembangan berkaitan, empat kerabat DiRaja Selangor dilantik menjadi Orang-Orang Besar Istana berkuatkuasa Julai ini.

Mereka terdiri daripada Yang Mulia Raja Datin Marthiah Raja Amran dengan gelaran Engku Seri Puri dan Yang Mulia Tengku Salehuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj dengan pangkat gelaran Tengku Indera Bijaya Diraja.

Sementara Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj sebagai Tengku Seri Perkasa Diraja dan Yang Mulia Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Syed Anwar Jamalullail sebagai Engku Panglima Setia Diraja.

Istiadat watikah pelantikan disampaikan DYMM Sultan Selangor dalam majlis penuh istiadat di Istana Bukit Kayangan, di sini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.