Categories
SELANGOR

Tolak perbezaan gender, hargai peranan Hakim Wanita

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 JUN : Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam kalangan wanita membuktikan golongan itu diiktiraf bagi menyumbang kepada keberkesanan institusi kehakiman negara.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato’ Dr Hj Mohd Naim Hj Mokhtar, berkata pelantikan tersebut diukur berdasarkan keupayaan individu tanpa mengaitkan sebarang stigma perbezaan gender.

CP2A9389“Kita bersyukur atas pelantikan ini dan menjujung kasih titah Sultan Selangor atas perkena tuanku mengurniakan watikah kepada hakim wanita di Selangor.

“Ini membuktikan keprihatinan Tuanku terhadap isu Mahkamah Syariah khususnya melihat peranan dimainkan wanita termasuk dalam pelaksanaan keadilan berkesan di negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan tersebut juga mampu menangkis tomahan sesetengah pihak kononnya wujud amalan ‘double standard’ terhadap golongan wanita.

Dalam perkembangan sama, tujuh wanita lain turut menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah .

CP2A9451Selain itu, empat orang Pendaftar Mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah dan empat orang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah turut menerima watikah pelantikan.

Watikah Pelantikan disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Hadir sama Raja Muda, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, kerabat-kerabat diraja dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.